Bisnes dah bertahun-tahun, tapi masih struggle nak pecah sales ke angka seterusnya. Bahkan ada yang tak ambil peduli sebab kurangnya ilmu untuk kembangkan bisnes!
Dah lama bisnes, tapi masih bekerja seorang diri. Semua benda buat, bangga jadi ‘CEO’ – Chief Everything Officer.
Semakin lama berniaga, semakin susah nak menyimpan. Sales banyak tapi untung tak dapat dikesan atau tak nampak. Terima hakikat, itu bukan buat bisnes, itu buat penat!
Marketing sekejap buat sekejap tidak tetapi masih ada hati nak merungut kenapa sales susah nak dapat!
Terkinja-kinja mencari pelanggan baru setiap hari tanpa sedar pelanggan sedia ada mula curang dengan anda. Terima kenyataan bahawa kos mencari pelanggan baru lebih mahal daripada kos menjaga pelanggan sedia ada.
Amaran : Seminar ini bukan sesi preview. GYB adalah seminar bisnes, bukan seminar motivasi. Apa yang kami janjikan 8 jam yang padat dengan ilmu, proven strategies dan real case studies yang anda akan nampak jalan untuk bawa bisnes anda ke tahap yang tinggi. Majoriti peserta mengatakan seminar ini lain daripada yang lain dan tiada satu sesi pun sia-sia untuk anda duduk dan pelajari.
Topik bisnes yang padat dan menyeluruh menyentuh tiga isu utama dalam bisnes iaitu penjenamaan, pemasaran dan pengiraan kos terutamanya selepas krisis pandemik. Usah risau, kami akan kongsikan langkah demi langkah untuk ‘push’ jenama anda daripada ‘bilis’ menjadi ‘jerung’ dalam pasaran, strategi meluaskan pasaran dan kembangkan bisnes dengan profit margin yang sihat.
Tiada sembang teori! Tiada buang masa dengan ‘paksa’ anda dengar perkara yang tidak perlu. Tiada sesi motivasi membosankan untuk ‘trick’ emosi anda! Ia very straightforward. Kami akan hidangkan ‘case studies’ yang ‘genuine’ dari pengalaman kami memberi ‘deep guidance’ kepada 500 usahawan pelbagai industri.
Kita tak mahu jualan meletup segera yang hasilnya hanya sementara sekadar jadi penyedap cerita. Sebetulnya, kita mahu bina bisnes yang berkembang, jenama bertahan lebih lama yang didirikan di atas prinsip-prinsip yang murni dan mempunyai ramai ‘raving fans’.
Segera bertindak dengan bijak, elak bisnes anda dijerat. Kami rungkaikan topik-topik yang rasional dan mudah untuk diaplikasikan terus pada bisnes anda.
Akui bahawa ada perkara yang kita perlu tambah baik dalam bisnes! Seminar sepanjang hari ini pasti membuatkan anda tersentap dan tersedar bahawa bisnes anda mungkin berada di tahap kritikal dan perlu diselamatkan untuk kekal relevan dalam pasaran.
Kesanggupan anda untuk rebuild, replan dan remodel bisnes JIKA PERLU. Keluar dari kepompong selesa, buang sifat ego dan serah diri anda untuk belajar strategi yang tepat untuk bawa bisnes ke tahap yang lebih baik.
2 adik beradik, watak berbeza, saling melengkapi
Ada pihak yang bertanya, “Berapa award yang kami pernah terima?”
Sejujurnya, kami pernah menolak tawaran daripada 7 penganjur awards, atas sebab ia
bertentangan dengan prinsip kami pegang.
Hakikatnya, 95% award di Malaysia adalah awards yang anda perlu ‘bayar’ dan ia ‘dibeli’ bukannya atas pencapaian sebenar usahawan tersebut. Ia mungkin tak salah, namun ia kurang tepat dari sudut integriti.
Cara anda bertindak datangnya dari cara anda berfikir.
Di akhir topik Growth X Factor, anda akan ada satu pemikiran betapa pentingnya untuk bisnes anda jika anda pupukkan growth mindset dalam diri anda.
Usahawan baru dan lama memang tak terlepas alami masalah sales banyak, tapi untung tak ada! Ada yang sampai rugi, fuh..ini bukan bisnes namanya.
Di akhir topik Profit Mastery, anda jelas bagaimana nak pastikan bisnes anda tak lagi rugi dan tak akan ada lagi isu cara kira untung bisnes.
Jangan sesekali pandang rendah kuasa beli pelanggan sedia ada. Bukan senang nak pujuk customer sedia ada terus membeli dengan anda.
Di akhir topik Customer Growth Mastery, anda akan nampak jelas bagaimana perjalanan customer anda sehinggalah mereka menjadi kumpulan setia yang menyokong anda.
Marketing bukan tentang platform semata, tetapi tentang strategi pengaruhi pelanggan. Ketahui strategi-strategi untuk fahami pelanggan secara lebih deep untuk tambat hati pelanggan dengan penuh gaya.
Di akhir topik ini Breakthrough Marketing Mastery, anda akan tahu cara untuk anda tampil bergaya di mata pelanggan.
Seminar ini bukan seminar marketing semata-mata. Ada 3 FOKUS utama dalam seminar ini yang kami tekankan iaitu ilmu kembangkan bisnes, ilmu naikkan sales dan knowledge sebenar marketing.
Seminar ini bersifat adult learning dan straight forward (tidak sembang kisah jatuh bangun hidup orang). Ada DUA KRITERIA perkongsian dalam seminar ini iaitu pengisian bisnes sebenar dan case study usahawan yang berjaya kembangkan bisnes bersama kami.
Seminar Grow Your Business (GYB) kali ini dibawa secara Hybrid.
Ada 2 pilihan tempat yang anda boleh pilih kerana seminar Hybrid ini dibawa secara langsung pada tarikh dan waktu yang sama.
12 Februari 2022,
7:30 pagi – 6.30 petang
Dewan Wawasan Convention Centre, Menara PGRM, Cheras &
100% Online Zoom